1. Apabila seorang perempuan mengandung dalam rahimnya , maka beristighfarlah para malaikat untuknya . Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan .
2. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin atau melahirkan, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT .
3. Apabila seorang perempuan melahirkan anak , maka hilanglah dosa-dosanya seperti keadaan ia baru dilahirkan .
4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap tegukan dari pada susunya diberi 1 kebajikan .
5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT .
6. Rakaat solat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik dari pada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil .
7. Wanita yang memberi minum air susu kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat 1 pahala pada tiap-tiap titis susu yang diberikannya .
8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan bila ia menghiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah .
9. Wanita yang hamil akan mendapat pahala terus berpuasa pada siang hari .
10. Wanita yang hamil akan mendapat pahala terus beribadah pada malam hari .
11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa, serta setiap kesakitan pada 1 uratnya Allah SWT mengkurniakan 1 pahala haji.
12. Sekiranya wanita meninggal dalam masa 40 hari selepas bersalin , dia akan di anggap sebagai mati syahid .
13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2,5 tahun) , maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
14. Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis , Allah SWT akan memberi pahala 1 tahun solat dan berpuasa.
► Betapa mulia dan tingginya "status" wanita hamil , tentunya dengan jalan kehamilan yang di redhai oleh Allah SWT , bukan dengan cara atau jalan kehamilan yang di murkai-Nya .
sincerely me ツ