Saturday, 5 July 2014

Pesan Imam Syafie ( Part II )

Hi , semua ! Di sini ingin saya kongsikan pesan Imam Syafie dalam beberapa buku ilmiah yang pernah saya baca , bahagian 2 , 10 lagi pesanan Iman Syafie sambungan perkongsian pada bulan May lalu . 10 lagi pesanan Imam Syafie yang terakhir akan saya update untuk entry akan datang .



  1. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba mencerobohkannya . Oleh itu , bagi menguatkan benteng iman , keimanan perlu dibajai dengan 5 perkara iaitu yakin , ikhlas , mengerjakan amalan sunat , istiqamah , bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah .
  2. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati . Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah .
  3. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam , khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah .
  4. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat . Oleh itu , siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-Haq yang tidak berbelah bagi .
  5. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah . sekurang-kurangnya dengan mengucapkan `A'uzubillahi minassyaitannirrajim` . Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita , hendak melihat ketulenan jihad kita . Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil .
  6. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu .
  7. Hati adalah raja dalam diri . Oleh itu , lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-Haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan .
  8. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya .
  9. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya . Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia .
  10. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar Bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari .



Diharapkan dengan sedikit perkongsian saya dapat memberi pengajaran dan ingatan buat semua , tidak lupa buat diri sendiri juga :')




sincerely me