Thursday, 29 May 2014

Pesan Imam Syafie

Hi , semua ! Di sini ingin saya kongsikan pesan Imam Syafie dalam beberapa buku ilmiah yang pernah saya baca . Tak silap ada 30 , tapi hari nii saya kongsi 10 dulu yea ?


  1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat .
  2. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk . Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia .
  3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun .
  4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula . Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah . Oleh itu , bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur .
  5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit , kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah .
  6. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun , Oleh itu ,hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya .
  7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat .
  8. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka . Ia dapat menambah keberkatann pada umur menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu .
  9. Banyakkan amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada serangan iblis .
  10. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar . Ia ibarat poko zaitun , minyaknya membawa berkat , ia juga memberi kejayaan dan kemenangan .
Diharapkan dengan sedikit perkongsian saya dapat memberi pengajaran dan ingatan buat semua , tidak lupa buat diri sendiri juga :')




sincerely me